Thursday, January 20, 2011

Taufu Fa


Bahan2:

300 g. kacang soya (dicuci)
3 l air
125 ml. air panas
1½ cam teh. serbuk gypsum
2 cam bsr tepung jagung

Cara:
1- Rendam kacang soya selama semalaman. Toskan dan buangkan kulitnya.
Kisar soya dengan 1 liter air kemudian letak di dalam kain muslin dan perah ke dalam periuk.

2- Kisar semula hampas soya dengan baki air. Perah sekali lagi menggunakan kain tadi.

3- Larutkan air panas dengan serbuk gypsum. Biar sejuk kemudian campur dengan tepung jagung. Tapiskan ke dalam periuk besar.

4- Jerang air soya hingga menggelegak. Tuangkan segera (hendaklah menuangkannya pada paras tinggi) terus ke dalam campuran tepung jagung. Jangan kacau tetapi buangkan buih yang terapung.

5 Bungkus penutup dengan tuala tebal, tutup periuk dan biar hingga ia keras, kira-kira 1 jam.

Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan bersama air gula. Sedap dimakan semasa panas atau sejuk.

Pizza Maggi


Bahan2:

1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)

Cara:
1- Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang.

2- Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

3- Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.

Cadangan Hidangan:
Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis.

Bubur Payasam


Bahan2:

200 gm biji sagu
250 gm santan
150 gm gula pasir
100 gm kismis
50 gm gajus
20 gm buah pelaga
1 liter air

cara:

1- Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali santan. Masak sehingga 15 minit.
2- Kemudian masukkan santan dan kacau hingga masak. Hidangkan.

selamat mencuba.

Wednesday, January 5, 2011

Sup Bebola Ikan


Bahan A:

1 mangkuk kecil ikan bilis

1 potong lobak putih

1 potong ikan masin

tulang ayam


Bahan B:

1 keping gula batu

1/4 sudu garam

1 sudu serbuk perasa

2 sudu serbuk pati ayam knorr

2 sudu serbuk pati ikan bilis knorr


Bahan C:

1/4 bungkus mee

4 ketul bebola ikan

3 keping pucuk

1 helai sawi

1 sudu teh lobak asin


Cara2:

1.Panaskan air

2.Masukkan bahan A ke dalam periuk

3.Balutkan ikan bilis,ikan masin,dan lada sulah dalam kain putih dan ikatkan.Kemudian,masukan ke dalam periuk.

4.Biarkan sup mendidih

5.Masukkan pula bahan B ke dalam periuk

6.Celur mee ke dalam air panas dan tapiskan

7.Masukkan sup ke dalam mangkuk dan akhir sekali,tabur bawang goreng


Sumber : Resepi Masakan Melayu