Thursday, January 20, 2011

Taufu Fa


Bahan2:

300 g. kacang soya (dicuci)
3 l air
125 ml. air panas
1½ cam teh. serbuk gypsum
2 cam bsr tepung jagung

Cara:
1- Rendam kacang soya selama semalaman. Toskan dan buangkan kulitnya.
Kisar soya dengan 1 liter air kemudian letak di dalam kain muslin dan perah ke dalam periuk.

2- Kisar semula hampas soya dengan baki air. Perah sekali lagi menggunakan kain tadi.

3- Larutkan air panas dengan serbuk gypsum. Biar sejuk kemudian campur dengan tepung jagung. Tapiskan ke dalam periuk besar.

4- Jerang air soya hingga menggelegak. Tuangkan segera (hendaklah menuangkannya pada paras tinggi) terus ke dalam campuran tepung jagung. Jangan kacau tetapi buangkan buih yang terapung.

5 Bungkus penutup dengan tuala tebal, tutup periuk dan biar hingga ia keras, kira-kira 1 jam.

Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan bersama air gula. Sedap dimakan semasa panas atau sejuk.

No comments:

Post a Comment