Sumber: Majalah Jelita November 1991
Bahan2:
1 ½ kg beras beriani
RM1 biji gajus, digoreng
6 biji jagung muda, dikerat 3
8 biji tomato, dibelah 6 dan dibahagi 2
1 tin besar susu cair
250 gm minyak sapi
5 camca sedang serbuk rempah beriani
Garam secukupnya
Air mengikut banyak beras
Bahan2 digiling:
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 cm halia
Bahan2 tumis:
5 cm kulit kayu manis
5 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang
Bahan2 hiasan:
Sedikit bawang goreng, daun pudina dan daun bawang untuk tabur.
Cara:
Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis. Tumis hingga wangi.
Masukkan bahan giling dan rempah beriani. Kacau rata hingga garing.
Masukkan setengah bahagian tomato, air dan garam.
Biar mendidih barulah masukkan susu dan beras. Kacau hingga rata.
Tanak hingga hampir kering. Masukkan sebahagian lagi jagung dan gajus.
Kacau rata. Kecilkan api dan biar nasi betul-betul masak.
Ketika menghidang tabur bawang goreng, daun pudina dan daun bawang.